Politik

Usaha muktamadkan formula, jumlah bayaran 40% hasil Sabah diteruskan – Mustapha
KOTA KINABALU: Datuk Mustapha Sakmud, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak), mengambil maklum keputusan Mahkamah Rayuan yang membenarkan penangguhan pelaksanaan perintah Mahkamah Tinggi berhubung semakan dan pembayaran 40 peratus hasil Persekutuan kepada Sabah, sementara menunggu proses rayuan.

Beliau menegaskan bahawa keputusan penangguhan ini tidak seharusnya memperlahankan atau menghentikan usaha yang sedang berjalan.

“Saya menggesa supaya Ketua Setiausaha Perbendaharaan (KSP) Malaysia dan Setiausaha Kerajaan Negeri (SKN) Sabah untuk meneruskan proses pengiraan, pengesahan data dan rundingan teknikal yang telah pun dimulakan sebelum ini”

“Hakikatnya, proses ini melibatkan penilaian yang kompleks merangkumi tempoh yang panjang, dan memerlukan penelitian data kewangan serta rekod sejarah yang menyeluruh,” katanya.

Menurut Mustapha, dengan adanya tempoh tambahan susulan penangguhan ini, kedua-dua pihak kini mempunyai ruang masa yang lebih mencukupi untuk memastikan setiap aspek dapat diperincikan dengan teliti, telus dan berintegriti.

“Saya berpandangan bahawa momentum kerja yang telah dibina tidak wajar dihentikan”

“Sebaliknya, ia perlu diperkukuhkan agar formula pengiraan dan jumlah bayaran yang adil serta tepat dapat dimuktamadkan secepat mungkin,” jelasnya lagi.

Ahli Parlimen Sepanggar itu menambah, saranan Perdana Menteri bahawa isu 40 peratus ini perlu diselesaikan secara tuntas dan berlandaskan semangat Perlembagaan Persekutuan serta keadilan kepada negeri Sabah.

“Komitmen kita adalah jelas iaitu memastikan hak Sabah dilaksanakan dengan pendekatan yang bertanggungjawab, berasaskan fakta dan melalui kerjasama erat antara kerajaan negeri dan Persekutuan”

“Pada masa yang sama juga semua pihak perlu mengambil kira keadaan kewangan Negara dalam menangani krisis ekonomi disebabkan peperangan di Timur Tengah,” katanya lagi.

Mustapha menegaskan, keutamaan sekarang ialah memastikan kesan krisis dapat diminimakan dan kebajikan rakyat terus mendapat perhatian.

Terdahulu, Mahkamah Rayuan membenarkan permohonan Putrajaya untuk menangguhkan pelaksanaan hak Sabah ke atas 40 peratus hasil Persekutuan sementara menunggu rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu.

Sabah bakal miliki Hospital Institut Jantung Negara (IJN)
KOTA KINABALU: Sabah bakal memiliki Hospital Institut Jantung Negara (IJN) sendiri  tidak lama lagi susulan pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) antara  Kumpulan Yayasan Sabah melalui syarikat pelaburannya Innoprise Corporation Sdn  Bhd (ICSB) dan IJN hari ini.

Majlis menandatangani MoU untuk membina hospital itu disaksikan oleh Ketua Menteri  Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah  (SICC) di sini pada Isnin.

Hajiji yang juga Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Sabah berkata  penubuhan hospital jantung pertama di Sabah itu merupakan manifestasi komitmen  kerajaan dalam menyediakan perkhidmatan kesihatan terbaik kepada rakyat.

Di bawah kerjasama strategik antara Yayasan Sabah, dan IJN, sebuah hospital yang  khusus untuk rawatan penyakit kardiovaskular akan dibina di atas tapak seluas 10 ekar  di Likas.

Sementara itu, Pengerusi Eksekutif ICSB, Datuk Jasnih Daya berkata dengan adanya  hospital jantung bertaraf tinggi di sini, pesakit tidak lagi perlu bergantung sepenuhnya  kepada kemudahan di luar negeri, sekali gus dapat mengurangkan beban kos  perjalanan serta mempercepatkan akses kepada rawatan pakar.

“Usaha ini juga akan membantu menyokong sistem kesihatan sedia ada di Sabah,  termasuk perkhidmatan di Pusat Jantung Sabah di Hospital Queen Elizabeth II yang  pada masa ini mempunyai kapasiti yang terhad berbanding keperluan sebenar rakyat,”  katanya.

Menurut Jasnih, kerjasama strategik ini membawa manfaat kepada rakyat Sabah bukan  sahaja dari segi peningkatan akses kepada rawatan kesihatan, tetapi juga dari segi  pembangunan ekonomi dan peluang pekerjaan.

Pengerusi IJN Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata penyakit jantung masih menjadi  penyebab utama kematian di Malaysia dan trend ini memperlihatkan peningkatan  keperluan terhadap sistem kesihatan yang lebih responsif dan bersepadu.

Oleh itu akses kepada rawatan berkualiti tinggi perlu diperluaskan agar dapat dinikmati  secara lebih menyeluruh tanpa mengira lokasi geografi, katanya.

Dalam pada masa sama, Dr Noor Hisham berkata langkah pembukaan Hospital IJN di  Sabah juga membuka pasaran baru dalam pelancongan kesihatan yang menawarkan  perkhidmatan perubatan bertaraf global dengan harga yang berpatutan.

Menandatangani bagi pihak Kumpulan Yayasan Sabah ialah Pengarah Datuk Ghulam  Haidar Khan Bahadar dan Pengerusi Eksekutif ICSB Datuk Jasnih Daya, manakala IJN  diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Prof Dato Sri Dr Mohamed Ezani Md  Taib dan Ketua Pegawai Klinikal Datuk Dr Shaiful Azmi Yahaya.

Pada majlis yang sama, satu lagi MoU turut dimeterai antara University College Sabah  Foundation (UCSF) dan IJN University College yang dijangka membuka peluang  kepada pembangunan tenaga kerja mahir dan profesional dalam bidang kesihatan.

UCSF diwakili oleh Naib Canselor Datuk Dr Rafiq Idris dan Pendaftar Norashikin Ahmad,  manakala Naib Canselor Prof Emerita Dr Durrishah dan Timbalan Ketua Pegawai  Eksekutif IJN Dato Akmal Arief Fauzi menandatangani bagi pihak IJN University  College.

Kerajaan Negeri Sabah hormati keputusan Mahkamah Rayuan
KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri menghormati keputusan Mahkamah Rayuan yang  membenarkan permohonan Kerajaan Persekutuan bagi penangguhan pelaksanaan  Perintah Mahkamah Tinggi untuk menyemak geran khas bagi Tempoh Terlepas (Lost  Years) serta mencapai persetujuan dalam tempoh 180 hari bagi pembayaran hak Sabah  sebanyak 40 peratus sementara menunggu rayuan Kerajaan Persekutuan.

“Walaupun prosiding mahkamah sedang berjalan, adalah diharapkan rundingan akan  diteruskan dengan niat baik ke arah mencapai persetujuan dengan Kerajaan  Persekutuan,” kata Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor.

Beliau berkata, perintah penangguhan yang diberikan adalah bersifat prosedural dan  mengekalkan status quo sehingga rayuan Kerajaan Persekutuan didengar.

“Ia tidak mengetepikan Perintah Mahkamah Tinggi sedia ada. Walaupun perintah  Mahkamah Tinggi untuk mengadakan semakan adalah bagi Tempoh Terlepas [1974– 2021], ia tidak seharusnya menghalang semakan bagi tahun-tahun semasa  memandangkan Kerajaan Persekutuan tidak mempertikaikan formula 40 peratus serta  keperluan untuk mengadakan semakan,” katanya.

Ketua Menteri mengulangi pendirian Kerajaan Negeri yang membantah penangguhan  Perintah Mahkamah Tinggi tersebut, namun menegaskan bahawa kerajaan tetap  menghormati keputusan terbaharu mahkamah.

“Ini adalah satu proses yang sedang berjalan dan Kerajaan Negeri akan terus  berbincang serta mencari penyelesaian,” tegasnya.

Hajiji berkata, Kerajaan Persekutuan tidak memfailkan rayuan terhadap keputusan  Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu pada Oktober 2025 berhubung hak perlembagaan  Sabah ke atas 40 peratus hasil bersih Persekutuan yang dikutip, dan Perdana Menteri  Anwar Ibrahim telah berjanji untuk menghormatinya.

Tarikh tentafif bagi pendengaran rayuan Kerajaan Persekutuan adalah antara 27 hingga  30 Oktober 2026 dan satu e-Review ditetapkan pada 13 April 2026 bagi mengesahkan  tarikh sebenar pendengaran.

Sabah berdaulat dalam Malaysia, noktah – Farid Sainuri
KOTA KINABALU: KEADILAN Sabah memandang serius kenyataan berulang oleh Senator Robin Padilla yang cuba menghidupkan semula isu tuntutan Sabah oleh Filipina.

Ketua Penerangan KEADILAN Sabah, Ahmad Farid Sainuri berkata kenyataan sebegini jelas bukan sahaja tidak berasaskan realiti semasa, malah dilihat dangkal dalam menghadapi krisis tenaga dunia.

“Hakikatnya, isu Sabah telah lama diselesaikan melalui sejarah, undang-undang dan kehendak rakyat”

“Sabah secara sah menubuhkan Malaysia yang berdaulat pada tahun 1963 berteraskan prinsip penentuan nasib sendiri yang diiktiraf masyarakat antarabangsa,” katanya.

Beliau menegaskan, cubaan Robin Padilla untuk membangkitkan semula tuntutan ini hanya menunjukkan kecenderungan menggunakan sentimen nasionalis secara populis bagi meraih sokongan politik, tanpa mengambil kira implikasi terhadap hubungan diplomatik dua hala antara Malaysia dan Filipina.

“Lebih penting, realiti perundangan antarabangsa telah memuktamadkan kedudukan Malaysia”

“Mahkamah Rayuan The Hague di Belanda telah menolak permohonan kumpulan Sulu untuk menguatkuasakan tuntutan bernilai hampir USD14.9 bilion terhadap Malaysia pada Jun 2023,” tegasnya.

Pada Disember 2025, Mahkamah Rayuan Paris di Perancis membatalkan sepenuhnya “Final Award” yang dikeluarkan oleh penimbang tara tidak sah, sekali gus menegaskan bahawa tuntutan kumpulan Sulu tidak mempunyai asas undang-undang.

Tambah Farid, kemenangan berturut-turut ini membuktikan bahawa segala cubaan pihak tertentu untuk mencabar kedaulatan Sabah dalam Malaysia hanyalah sia-sia dan akan terus ditolak oleh sistem perundangan antarabangsa.

Perkembangan ini menutup ruang kepada mana-mana pihak untuk memanipulasi isu Sabah melalui saluran undang-undang antarabangsa.

“Dalam masa yang sama, Kerajaan MADANI di bawah pimpinan Datuk Seri Panglima Anwar Ibrahim terus membuktikan keutamaan sebenar adalah kebajikan rakyat Sabah”

“Ketika dunia berdepan ketidaktentuan harga tenaga, kerajaan mengambil langkah berani dan strategik dengan mengekalkan subsidi diesel di Sabah dan Sarawak serta meneruskan inisiatif subsidi bersasar melalui program BUDI MADANI bagi petrol RON95,” katanya.

Beliau berkata, langkah ini bukan sahaja membantu menstabilkan kos sara hidup rakyat, malah memastikan sektor logistik, perikanan dan pengangkutan di Sabah terus beroperasi tanpa tekanan kenaikan harga bahan api yang mendadak.

“Ia mencerminkan pendekatan kerajaan yang pragmatik, berimbang dan berpaksikan keperluan rakyat,” tambahnya.

Justeru, KEADILAN Sabah menegaskan bahawa Sabah adalah berdaulat dalam Malaysia. Sebarang cubaan untuk mempertikaikan perkara ini, sama ada melalui retorik politik atau propaganda, adalah tidak bertanggungjawab dan berpotensi menggugat keharmonian serantau.

“KEADILAN Sabah menyeru semua pihak agar menghormati kedaulatan negara dan tidak menjadikan isu sensitif ini sebagai alat politik murahan”

“Fokus seharusnya diberikan kepada memperkukuh kerjasama serantau demi kesejahteraan rakyat, bukan menghidupkan semula polemik lapuk yang telah pun ditolak oleh sejarah dan undang-undang,” katanya.

Blok Borneo wajar jadi platform dialog realisasi MA63, bukan penjajaran politik pecah belah – Hasnol
KOTA KINABALU – Konsep Blok Borneo yang sedang diperkatakan ketika ini harus diangkat sebagai satu platform dialog strategik ke arah merealisasikan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), dan bukannya disalah erti sebagai sebuah penjajaran politik yang memecahbelahkan, kata Setiausaha Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Hasnol Ayub.

Beliau berkata, perbincangan yang semakin berkembang mengenai idea tersebut membuka ruang yang sangat berharga untuk dialog yang lebih matang dan konstruktif mengenai kedudukan sebenar Sabah dan Sarawak di dalam Persekutuan Malaysia.

Namun, beliau menegaskan bahawa konsep itu tidak seharusnya ditafsirkan sebagai usaha untuk mewujudkan blok politik yang eksklusif, mahupun langkah untuk mencabar struktur Persekutuan yang sedia ada.

“Blok Borneo seharusnya berfungsi sebagai platform dialog yang membolehkan Sabah, Sarawak, dan Kerajaan Persekutuan mengadakan perbincangan yang bermakna mengenai perkara-perkara berkepentingan bersama.

“Ia bukanlah satu ancaman, sebaliknya merupakan satu inisiatif tuntas untuk menterjemahkan janji serta merealisasikan semangat asal MA63. Ini dilakukan dengan memperkukuh autonomi yang munasabah bagi Sabah dan Sarawak, dan ia kekal terpelihara di dalam kerangka Perlembagaan Persekutuan serta sistem perundangan negara,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Menyentuh soal kelangsungan rundingan, Hasnol mengingatkan bahawa semua cadangan dan perbezaan pandangan mesti berpandukan mekanisme institusi sedia ada serta ditangani dengan kematangan demi pembinaan negara bangsa (nation-building). Sebarang isu yang tertangguh juga boleh diselesaikan melalui saluran perundangan yang sewajarnya.

Sabah dan Sarawak Maju, Malaysia Maju.

Menepis tanggapan bahawa inisiatif ini berkisar tentang dominasi politik serantau, Hasnol memberi penekanan terhadap satu prinsip serampang dua mata: kekuatan Borneo adalah jaminan kepada kestabilan Malaysia.

“Kita perlu melihat gambaran yang lebih besar. Sabah dan Sarawak yang makmur, disokong oleh pertumbuhan ekonomi serantau yang teguh, bukanlah satu persaingan kepada Persekutuan. Sebaliknya, kemajuan di wilayah Borneo ini adalah tiang seri yang akan secara langsung memperkukuh, menstabilkan, dan memacu kemajuan negara Malaysia secara keseluruhannya. Prinsipnya mudah: Sabah dan Sarawak maju, maka Malaysia turut maju,” tegas beliau.

Fokus Kepada Isu Asas dan ‘Periuk Nasi’ Rakyat

Menolak retorik politik semata-mata, Hasnol menegaskan bahawa perbincangan mengenai Blok Borneo ini wajib mengutamakan kehidupan rakyat di peringkat akar umbi.

“Walaupun sejarah adalah rujukan penting, tumpuan kita mesti terarah kepada masa hadapan. Oleh itu, perbincangan ini perlu mementingkan isu asas dan ‘periuk nasi’ rakyat.

“Ini merangkumi penciptaan peluang ekonomi yang sebenar, pemerkasaan komuniti luar bandar, serta jaminan bahawa pembangunan yang mampan membawa manfaat fizikal. Matlamat akhirnya jelas: memastikan setiap kemajuan yang dicapai mampu memasukkan wang ke dalam poket rakyat secara nyata,” tambah beliau.

Menyimpulkan kenyataan tersebut, Hasnol berkata pendekatan sedemikian akan memberi manfaat kepada semua, khususnya rakyat Sabah yang sekian lama mengharapkan agar janji asas pembentukan Malaysia diterjemahkan kepada penyertaan ekonomi yang lebih mantap dan masa depan yang lebih terjamin.

15 pimpinan Armada Sabah, letak jawatan keluar BERSATU
KOTA KINABALU: Ketua Armada Bersatu Sabah, Hisyam Hazaril berkata perletakan jawatan 15 pimpinan Armada Sabah dan keluar Bersatu berkuatkuasa serta merta hari ini.

“Kami, pimpinan ARMADA BERSATU Sabah yang terdiri daripada Ketua-Ketua Armada Bahagian serta Ahli Jawatankuasa Armada Negeri Dan Pusat, hari ini mengumumkan keputusan untuk meletakkan jawatan daripada semua jawatan yang disandang dalam ARMADA di semua peringkat berkuat kuasa serta-merta dan keluar daripada Parti Pribumi BERSATU”

“Keputusan ini juga termasuklah pembubaran jawatankuasa ARMADA Negeri,” katanya.

Menurut Hisyam, keputusan ini dibuat selepas mengambil kira secara serius perkembangan semasa yang sedang melanda parti yang kini berdepan dengan kemelut dalaman yang semakin meruncing serta dipertontonkan secara terbuka kepada umum.

“Kami amat kecewa melihat bagaimana konflik dalaman parti semakin berlarutan dengan serangan terbuka pimpinan, kenyataan di media sosial serta pertikaian yang berpanjangan sehingga mencalarkan imej parti dan menjejaskan keyakinan rakyat terhadap perjuangan yang pernah dibawa oleh parti ini,” jelasnya.

Tambah beliau, lebih membimbangkan, pendekatan pecat-memecat serta tindakan disiplin yang dilihat tidak konsisten dan bersifat selektif telah menjadi kaedah dalam mengurus perbezaan pandangan dalam parti.

“Kami dengan tegas menyatakan bahawa kami tidak menyokong budaya politik sedemikian, kerana ia hanya akan memecah-belahkan parti dan melemahkan semangat perjuangan dalam kalangan ahli”

“Sebagai pimpinan sayap pemuda di negeri Sabah, kami berpegang kepada prinsip bahawa ARMADA sepatutnya menjadi wadah yang menyatukan kekuatan anak muda dan memperkukuhkan parti,” katanya.

Namun dalam keadaan semasa, peranan tersebut semakin sukar dilaksanakan apabila parti terus dibelenggu dengan konflik dalaman yang tidak berkesudahan.

“Justeru, setelah menilai keadaan ini dengan penuh tanggungjawab, kami mengambil keputusan untuk meletakkan jawatan sebagai satu pendirian berprinsip bahawa maruah perjuangan tidak boleh terus dipertaruhkan dengan pertikaian dalaman yang berpanjangan”

“Langkah ini juga merupakan mesej jelas bahawa anak muda menolak politik perpecahan, serangan terbuka dan budaya pecat-memecat yang semakin menjadi norma dalam parti,” jelasnya lagi.

Hisyam merakamkan penghargaan kepada seluruh ahli ARMADA di Sabah yang telah memberikan sokongan dan kerjasama sepanjang tempoh memegang amanah sejak penubuhan semula BERSATU di Sabah.

“Perjuangan untuk memperjuangkan suara anak muda akan diteruskan dengan penuh tanggungjawab demi masa depan negeri dan negara”

“Apabila prinsip diketepikan dan perpecahan menjadi budaya, maka jawatan bukan lagi sesuatu yang perlu dipertahankan,” katanya.

Mahkamah batal petisyen, Anil Sandhu kekal ADUN Kunak
KOTA KINABALU: Mahkamah Pilihan Raya hari ini telah membatalkan Petisyen Pilihan Raya yang difailkan, berhubung keputusan Pilihan Raya Negeri bagi DUN N63 Kunak.

Keputusan tersebut diputuskan oleh Hakim Mahkamah Tinggi Sibu, Amelati Parnell yang membenarkan bantahan awal yang dibangkitkan oleh pihak responden.

Mahkamah memutuskan bahawa Petisyen tersebut gagal mematuhi keperluan mandatori di bawah Peraturan 3(1) dan 3(2) Peraturan-Peraturan Petisyen Pilihan Raya 1954, yang mengawal tatacara pembentangan sesuatu Petisyen Pilihan Raya, serta Peraturan 4 Peraturan-Peraturan yang sama, yang mensyaratkan supaya petisyen memperincikan fakta-fakta material yang mencukupi untuk menyokong sesuatu cabaran pilihan raya.

Dalam penghakimannya, Mahkamah bersetuju bahawa pematuhan terhadap peruntukan-peruntukan tersebut merupakan syarat asas untuk membolehkan bidang kuasa Mahkamah Pilihan Raya dipanggil.

Kegagalan untuk membentangkan petisyen dengan sempurna serta kegagalan untuk memperincikan fakta-fakta material yang mencukupi menjadikan petisyen tersebut cacat dari segi prosedur dan tidak mampan di sisi undang-undang, justeru wajar dibatalkan pada peringkat awal tanpa perlu diteruskan kepada perbicaraan penuh.

Mahkamah seterusnya memerintahkan kos sebanyak RM10,000 kepada responden pertama, kedua dan ketiga, serta RM20,000 kepada Responden keempat.

Pempetisyen diwakili oleh Jay Dee Allen James daripada Tetuan Sazalye Donol, Muhammad & Co. Manakala responden pertama hingga keriga diwakili oleh pegawai-pegawai daripada Jabatan Peguam Negara, Nurul Atiqah Azizan, Anis Najwa binti Nazari, Khairun Neesha binti Raj Mohamed dan Mohammad Solehheen Mohammad Zaki.

Responden keempat, Dato Sri Dr. Anil Jeet Singh, diwakili oleh satu pasukan guaman yang diselaraskan oleh Mohd Reduan Aklee selaku Penyelaras Utama (Lead Coordinator). Pasukan tersebut terdiri daripada Mohd Syarulnizam bin Mohd Salleh, Nooraihan binti Mohammad dan Wong Chik Kien daripada Tetuan JPKERUAK.

Anil turut hadir sendiri di Mahkamah semasa keputusan disampaikan.

Beliau menyatakan rasa syukur dengan keputusan Mahkamah tersebut, dan seterusnya beliau dapat memberikan sepenuh tumpuan kepada tanggungjawabnya untuk terus berkhidmat kepada rakyat di kawasan DUN Kunak tanpa sebarang keraguan terhadap mandat yang diberikan oleh pengundi.

Dengan pembatalan Petisyen ini, keputusan Pilihan Raya bagi DUN N63 Kunak kekal seperti yang telah digazetkan sebelum ini.

Blok Borneo bukan agenda dominasi, demi keseimbangan politik negara
KOTA KINABALU: Kewujudan Blok Borneo perlu dilihat sebagai satu keperluan strategik bagi mengimbangi landskap politik negara, bukannya percubaan Sabah dan Sarawak untuk mendominasi pentas nasional.

Aktivis politik pro-Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Aksyah Haji Nasrah menegaskan, tafsiran yang mendakwa Blok Borneo sebagai langkah untuk menguasai politik negara adalah tidak tepat dan tidak berasaskan fakta sejarah pembentukan negara.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas pandangan yang dibangkitkan berhubung gagasan berkenaan, sambil menyatakan persetujuan terhadap pendirian Ketua Penerangan Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS), Datuk Nizam Titingan yang menekankan keperluan melihat isu itu secara objektif dan menyeluruh.

“Sebarang pandangan yang berbau prejudis perlu terlebih dahulu ditimbang tara secara objektif, berasaskan sejarah pembentukan Malaysia pada 1963,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurut beliau, pembentukan Blok Borneo akan mewujudkan keseimbangan politik yang amat diperlukan dalam memastikan setiap dasar yang digubal di peringkat Persekutuan benar-benar mengambil kira kepentingan dan kebajikan seluruh rakyat, termasuk di Sabah dan Sarawak.

Aksyah menegaskan, sudah sampai masanya segala perkara yang terkandung dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) diterjemahkan dalam bentuk tindakan konkrit, bukan sekadar retorik politik.

“Rakyat di wilayah Kepulauan Borneo perlu benar-benar berfungsi sebagai entiti penting yang membentuk wajah Malaysia hari ini. Sabah dan Sarawak tidak boleh lagi dipandang dan dinilai sebelah mata dalam mewarnai politik negara,” katanya.

Beliau menjelaskan, suara pemimpin Blok Borneo di Parlimen bukan sekadar pelengkap dalam pembentukan kerajaan, namun pada masa sama bukan bertujuan mendominasi atau memonopoli kuasa.

“Blok Borneo harus dilihat sebagai sebahagian besar tubuh yang bersama-sama membentuk dan mencorakkan negara ini secara kolektif,” katanya.

Dalam konteks pembangunan negeri, Aksyah berkata kewujudan jajaran politik itu juga penting bagi memastikan wawasan Halatuju Sabah Maju Jaya 2.0 yang diilhamkan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor dapat dilaksanakan dengan lancar tanpa gangguan persepsi atau salah tafsir mana-mana pihak.

Beliau berharap pembentukan Blok Borneo akan memperkukuh hubungan politik antara wilayah Borneo dan Kerajaan Persekutuan, sekali gus memastikan hak-hak rakyat Sabah dan Sarawak dapat direalisasikan selaras dengan semangat dan roh MA63.

“Blok Borneo adalah satu keperluan. Semakin kukuh ikatan politik antara wilayah Borneo dan Kerajaan Persekutuan, semakin makmur dan sejahteralah negara Malaysia yang kita cintai ini,” katanya.

Jumardie Lukman tegaskan, Hak Sabah selaras semangat persekutuan
KOTA KINABALU: Naib Presiden Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (PKDM), Jumardie Lukman menegaskan bahawa usaha menuntut hak Sabah di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) bukan bertujuan untuk memecah-belahkan negara, sebaliknya bertujuan memperkukuh Persekutuan Malaysia secara adil dan berperlembagaan.

Menurut beliau, perjuangan ini selaras dengan semangat asal pembentukan Malaysia yang menekankan perpaduan, saling menghormati dan kerjasama erat antara negeri-negeri dalam persekutuan.

Jumardie menyokong kenyataan hari ini Pemangku Ketua Pemuda Parti Gagasan Rakyat Sabah, Azrul Ibrahim, yang menyeru penegasan hak Sabah, dilihat mampu menguatkan hubungan antara Sabah, Sarawak dan Semenanjung tanpa menimbulkan ketegangan serta demi kesejahteraan seluruh rakyat Malaysia.

“Usaha ini bukan untuk menimbulkan perpecahan, tetapi untuk memastikan hak-hak negeri Sabah diiktiraf mengikut perlembagaan dan perjanjian yang telah dipersetujui,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau menambah, titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong wajar dijadikan pedoman dalam menangani isu MA63 yang kerap dibahaskan secara terbuka.

Baginda menekankan bahawa setiap pihak perlu kembali kepada niat asal pembentukan Malaysia, iaitu membina sebuah negara yang adil, bersatu dan menghormati kepelbagaian.

Jumardie berkata, peringatan ini amat tepat pada masanya kerana ia menuntut kebijaksanaan semua pihak dalam menyelesaikan isu MA63 tanpa mengabaikan kepentingan rakyat Sabah.

Dengan penegasan ini, Jumardie berharap rakyat dan pemimpin negeri memahami bahawa menuntut hak Sabah bukanlah ancaman kepada perpaduan negara, sebaliknya langkah penting untuk memastikan persekutuan Malaysia terus kukuh dan adil bagi semua pihak.

Naib Presiden Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (PKDM), Jumardie Lukman juga menyatakan bahawa tuntutan hak kewangan dan hasil negeri Sabah adalah berasaskan peruntukan sah dalam Perlembagaan serta semangat pembentukan Malaysia, bukannya satu tuntutan baharu atau berlebihan.

Menurutnya, isu pemberian khas Persekutuan, pembahagian hasil serta kuasa pentadbiran negeri perlu ditangani secara adil dan berprinsip, memandangkan jurang pembangunan yang masih ketara antara Sabah dan negeri di Semenanjung selepas lebih lima dekad pembentukan Malaysia.

Beliau turut menegaskan bahawa pembangunan Sabah dan Sarawak perlu dilihat sebagai pelaburan strategik untuk memperkukuh ekonomi negara secara menyeluruh, bukannya beban kewangan.

“Kita tidak meminta lebih daripada yang sewajarnya. Apa yang diperjuangkan adalah hak yang menjadi asas penyertaan Sabah dalam Malaysia, dan ia perlu ditunaikan demi kesejahteraan rakyat,” katanya.

Sarawak Maju Makmur, Sabah Maju Jaya – Malaysia Sejahtera di bawah pimpinan Kerajaan Madani
KOTA KINABALU: Menteri di Jabatan Perdana Menteri Sabah dan Sarawak, Datuk Mustapha Sakmud berkata sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal Sabah dan Sarawak.

Beliau menyatakan sokongan penuh terhadap tekad YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, untuk terus memperkukuh agenda pembangunan di Sarawak dan Sabah demi kesejahteraan rakyat serta kestabilan masa depan Negara.

Tambah beliau, Kerajaan MADANI kekal komited memacu pembangunan ekonomi yang inklusif dan mampan di Sarawak melalui pelaburan strategik, pengukuhan sektor tenaga, pembangunan infrastruktur, serta pewujudan peluang pekerjaan bernilai tinggi.

“Pada masa yang sama, Sabah turut diberi keutamaan menerusi usaha mempercepat projek pembangunan asas, meningkatkan kemudahan awam, dan merangsang pertumbuhan ekonomi Wilayah secara menyeluruh,” katanya.

Mustapha menjelaskan penekanan berterusan Kerajaan terhadap pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), termasuk isu pentadbiran, kewangan serta pengurusan sumber seperti minyak dan gas, membuktikan kesungguhan Kerajaan MADANI untuk memastikan hak dan kepentingan Sabah dan Sarawak terus dipelihara secara adil dan berprinsip.

“Manfaat pembangunan ini mesti sampai terus kepada rakyat, termasuk di kawasan luar bandar dan pedalaman,” tambahnya.

Beliau turut mengalu-alukan langkah Kerajaan dalam memperluaskan agenda tenaga hijau, pelaburan dalam teknologi masa hadapan seperti kecerdasan buatan (AI), serta pembangunan modal insan melalui TVET dan pendidikan tinggi.

“Inisiatif perumahan rakyat, termasuk Program Perumahan Rakyat, Rumah Mesra Rakyat dan skim pembiayaan inovatif untuk golongan belia, mencerminkan pendekatan Kerajaan MADANI yang holistik dan berteraskan kesejahteraan rakyat,” katanya.

Mustapha yang juga Ahli Parlimen Sepanggar berkata, usaha berterusan ini membuktikan bahawa Kerajaan MADANI tidak pernah meminggirkan mana-mana Wilayah mahupun Negeri, sebaliknya memastikan Sarawak dan Sabah terus menjadi rakan strategik penting dalam membina Malaysia yang makmur, adil dan bersatu.

“Saya menyeru seluruh rakyat Malaysia, khususnya warga Sarawak dan Sabah, agar terus mendokong kepimpinan YAB Perdana Menteri dalam menjayakan agenda pembangunan Negara berlandaskan prinsip MADANI, sejajar dengan aspirasi Segulai Sejalai dan Sabah Maju Jaya,” katanya.