Jenayah

Rakyat bantu rakam foto video penjual rokok seludup, serah kepada pihak polis – Rizan
SANDAKAN: Pemimpin Pembangunan Masyarakat Negeri Sabah, Rizan Aziz menziarahi mangsa pukul pegawai Majlis Pembandaran Sandakan yang dipukul sekumpulan lelaki dipercayai penjual rokok seludup di Batu 8 Sandakan.

“Lawatan saya ke sini untuk mengetahui lebih lanjut apa yang berlaku dan mencari punca kejadian agar perkara ini tidak berulang lagi,” katanya.

Rizan juga telah memberi sumbangan peribadi kepada mangsa.

Beliau juga mencadangkan agar pihak Majlis Pembandaran Sandakan (MPS) memasang CCTV di semua kawasan strategik di Batu 8, Batu 16, Batu 7, Batu 4, pusat bandar dan kawasan-kawasan tumpuan ramai.

“MPS perlu menambah anggota petugas di lapangan agar tiada lagi kejadian berulang”

“Pihak polis juga diharapkan menambah anggota petugas di Batu 8 dan kawasan-kawasan tumpuan ramai,” jelasnya.

Tambah beliau, penjual rokok seludup di Sandakan sudah berlarutan puluhan tahun, menyebabkan rakyat dan negara mengalami kerugian pungutan cukai.

“Rakyat tertanya-tanya sepertinya ada yang melindungi penjenayah ini”

“Rakyat disarankan bantu pihak berkuasa mengambil gambar, video penjual penjual rokok seludup serah kepada pihak polis,” katanya.

Tambah Rizan, hasil pertemuan dan perbincangan akan disampaikan terus kepada Ketua Menteri Sabah untuk tindakan selanjutnya.

Hajiji zahir kebimbangan penahanan sukarelawan misi flotilla ke Gaza
KOTA KINABALU: Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor menzahirkan rasa kebimbangan mendalam terhadap penahanan dua anak Sabah, penyanyi terkenal Zizi Kirana dan aktivis kemanusiaan Sul Aidil, yang menyertai misi flotilla kemanusiaan ke Gaza.

Beliau berkata, keberanian mereka dalam memperjuangkan isu kemanusiaan amat membanggakan rakyat Sabah, selain mencerminkan semangat solidariti terhadap penderitaan rakyat Palestin.

12 rakyat Malaysia yang menyertai Global Sumud Flotilla ditahan rejim Israel.

“Kerajaan Negeri amat prihatin dan mengikuti rapat perkembangan penahanan saudari Zizi Kirana serta saudara Sul Aidil.

“Keberanian mereka amat membanggakan kita semua.

“Kerajaan Negeri yakin Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Menteri Luar Negeri akan mencari dan mengambil langkah diplomatik terbaik bagi membantu pembebasan segera semua sukarelawan yang terlibat,” katanya dalam hantaran di Facebook, hari ini.

Hajiji turut menyeru seluruh rakyat Sabah agar mengenepikan perbezaan agama, bangsa dan politik untuk bersatu menyatakan solidariti dalam isu kemanusiaan tersebut.

“Doa kita sentiasa mengiringi keselamatan dan pembebasan mereka yang berjuang atas nama kemanusiaan,” ujarnya.

Misi flotilla kemanusiaan ke Gaza itu menyaksikan penyertaan sukarelawan dari pelbagai negara termasuk Malaysia yang bertekad menyalurkan bantuan terus kepada rakyat Palestin di bawah kepungan rejim Zionis.

Setakat ini 12 sukarelawan Malaysia yang menyertai misi Global Sumud Flotilla (GSF)menghantar bantuan kemanusiaan ke Gaza, ditahan tentera Israel selepas rejim Zionis itu memintas kapal dinaiki sukarelawan terbabit. — DEMI SABAH

Sindiket ketamin RM1 juta tumpas, aset mewah RM4.21 juta dirampas
KOTA KINABALU: Polis Sabah berjaya melumpuhkan satu sindiket pengedaran dadah selepas menahan empat individu termasuk sepasang suami isteri serta merampas dadah jenis ketamin seberat 20.7 kilogram dalam satu operasi khas minggu lalu.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun berkata, serbuan bermula 4 September di sebuah premis perniagaan di Taman Sri Kepayan hasil risikan dan maklumat awam.

“Polis menemukan dua karung hijau berisi 20 bungkus plastik tertulis Tie Guan Yin yang mengandungi ketamin bernilai lebih RM1.03 juta,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah, hari ini.

Beliau berkata, operasi susulan sehari kemudian membawa kepada penahanan seorang lagi lelaki di kawasan Kepayan, sebelum sepasang suami isteri diberkas di IPK Sabah pada malam yang sama.

Jauteh pada sidang media petang tadi.

Katanya, suspek yang ditahan adalah pengurus syarikat kurier lelaki berusia 36 tahun, kerani operasi syarikat kurier lelaki 58 tahun, pemilik syarikat kurier lelaki 47 tahun dan isterinya berusia 46 tahun.

Menurutnya, hasil siasatan awal mendapati sindiket tersebut dipercayai menggunakan khidmat kargo udara dari Semenanjung untuk membawa masuk bekalan dadah ke Sabah.

Ujarnya, selain rampasan dadah, polis turut menyita aset mewah dipercayai hasil kegiatan sindiket itu termasuk sebuah Lamborghini Aventador, Mercedes Benz, Toyota Alphard, Chevrolet Colorado, televisyen 60 inci, peralatan audio, beg tangan berjenama serta wang tunai.

Katanya, jumlah keseluruhan rampasan dan sitaan dianggarkan bernilai RM4.21 juta.

“Seorang suspek dikesan positif dadah jenis Meth/AMP manakala seorang lagi memiliki rekod jenayah lampau.

“Rampasan ini mampu menampung sehingga 160,000 penagihan sekali guna,” jelasnya.

Beliau menegaskan PDRM tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang terlibat dalam pengedaran dadah. — DEMI SABAH

Dua individu ditahan positif syabu
SANDAKAN: Polis menahan seorang lelaki dan seorang wanita dalam Ops Tapis Harian yang dijalankan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJND) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sandakan, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Sandakan, ACP George Abd Rakman berkata, operasi itu dijalankan di sekitar kawasan PPR Batu Putih Batu 7 dan Jalan BDC Batu 1 1/2.

Dua suspek ditahan dalam Ops Tapis Harian kerana positif dadah.

“Dalam operasi tersebut, seorang lelaki ditahan di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 manakala seorang wanita pula ditangkap kerana disyaki memasukkan dadah ke dalam tubuh badannya sendiri.

“Kedua-dua suspek telah menjalani ujian saringan awal air kencing dan didapati positif dadah jenis syabu,” katanya menerusi hantaran Facebook rasmi Polis Daerah Sandakan hari ini.

Beliau berkata, semua suspek kini ditahan di lokap IPD Sandakan untuk siasatan lanjut.

Menurutnya, operasi yang dijalankan adalah selari dengan komitmen polis Sandakan dalam membanteras jenayah dadah di daerah ini. — DEMI SABAH

Sindiket dadah tumpas, polis rampas syabu bernilai RM1.33 juta
KOTA KINABALU: Polis Sabah berjaya menumpaskan sindiket pengedaran dadah menerusi dua operasi berasingan di Ranau dan Telupid pada 28 Ogos lalu.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun berkata, hasil operasi itu membawa kepada penahanan tiga lelaki tempatan serta rampasan 41.63 kilogram dadah jenis syabu yang disembunyikan dalam beg bagasi berisi bungkusan teh cina.

Juteh (dua kanan) pada sidang media berkaitan operasi penumpasan sindiket dadah di Sabah.

“Nilai rampasan dianggarkan lebih RM1.33 juta dan mampu menampung keperluan kira-kira 160,000 penagih,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Menurutnya, ketiga-tiga suspek berusia 24 hingga 31 tahun itu dipercayai bertindak sebagai penghantar bagi seorang pembekal dadah dan menerima upah sebanyak RM1,000 bagi setiap kilogram yang dibawa dari Kota Kinabalu ke Tawau dan Semporna.

Antara paket dadah yang dirampas.

Katanya, selain dadah, polis turut menyita dua kereta, sebuah motosikal dan wang tunai dengan jumlah keseluruhan sitaan bernilai RM62,000.

“Kes kini disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman mati atau penjara seumur hidup, jika sabit kesalahan,” katanya.

Juteh menunjukkan kenderaan mewah yang dirampas dalam operasi tersebut.

Dalam kes berasingan, Jauteh berkata, JSJN turut menahan seorang lelaki di Kunak pada 14 Ogos lalu di bawah Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1985.

Jelasnya, tangkapan itu membawa kepada sitaan harta bernilai RM2.17 juta termasuk wang tunai, kenderaan mewah, jam tangan berjenama dan barang kemas yang tertinggi direkodkan setakat tahun ini.

Beliau menegaskan Polis Sabah tidak akan berkompromi dengan mana-mana individu yang terbabit dalam pengedaran dadah, sambil menggesa orang ramai menyalurkan maklumat berkaitan menerusi hotline JSJN di 012-2087222. — DEMI SABAH

2 lelaki warga asing ditahan miliki syabu
TAWAU: Sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau menahan dua lelaki warga asing dalam dua serbuan berasingan selepas disyaki memiliki dadah jenis syabu di kawasan Kampung Kurnia Jaya, Batu 4, kelmarin.

Pemangku Ketua Polis Daerah Tawau, Superintendan Champin Piuh berkata, tangkapan pertama dilakukan kira-kira jam 12.20 tengah hari melibatkan seorang lelaki warga asing berusia 30-an.

“Hasil pemeriksaan, polis menemui satu paket plastik lutsinar berisi ketulan hablur jernih disyaki dadah jenis syabu seberat 0.06 gram.

“Ujian saringan awal mendapati suspek positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine,” katanya.

Menurut beliau, susulan tangkapan pertama sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND), IPD Tawau menahan seorang lagi lelaki berusia 50-an di lokasi sama kira-kira 10 minit kemudian.

“Polis turut merampas satu paket plastik mengandungi ketulan hablur jernih disyaki syabu seberat 0.10 gram. Suspek turut disahkan positif dadah amphetamine dan methamphetamine,” katanya.

Menurutnya, siasatan awal mendapati kedua-dua suspek tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah.

“Kedua-dua suspek kini direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 12(2) dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952. Risikan lanjut sedang dilakukan termasuk mengesan individu lain yang disyaki terlibat,” katanya.

Beliau menegaskan polis akan terus mempergiatkan usaha memerangi penyalahgunaan dadah bagi memastikan Tawau bebas daripada ancaman najis dadah. — DEMI SABAH

3 lelaki positif dadah ditahan
SANDAKAN: Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJND) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sandakan berjaya menahan tiga lelaki terlibat dengan penyalahgunaan dan pemilikan dadah dalam Ops Tapis Harian yang dijalankan di kawasan Kampung Sungai Kayu dan Kampung Batu Putih Batu 7, di sini, pagi semalam.

Dalam operasi bermula jam 11 pagi itu, dua lelaki ditahan kerana disyaki memiliki dadah jenis syabu di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952, manakala seorang lagi ditahan kerana disyaki penagih dadah.

Ketua Polis Daerah Sandakan, ACP George Abd Rakman berkata, semua suspek dibawa ke pejabat BSJND IPD Sandakan sebelum ujian saringan awal air kencing dijalankan.

“Hasil ujian mendapati ketiga-tiga suspek positif dadah jenis methamphetamine dan siasatan lanjut dijalankan di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

Beliau berkata, kesemua suspek kini direman di lokap IPD Sandakan untuk tindakan lanjut.

Tegasnya, operasi membanteras aktiviti pengedaran serta penyalahgunaan dadah akan terus dipergiatkan di seluruh daerah.

“Pelaksanaan operasi ini adalah selaras dengan tekad PDRM Sandakan untuk memastikan daerah ini bebas daripada ancaman najis dadah dan mengekang aktiviti penagihan yang merosakkan masyarakat,” ujarnya. — DEMI SABAH

KDN tegas, tiada kompromi kes serangan anak Rafizi
PUTRAJAYA: Kementerian Dalam Negeri (KDN) menegaskan pihaknya memandang serius insiden serangan yang melibatkan anak kepada Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Rafizi Ramli, di Putrajaya.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, beliau telah menghubungi sendiri Rafizi sebaik dimaklumkan mengenai kejadian tersebut bagi menyampaikan rasa simpati dan keprihatinan yang mendalam kepada beliau dan keluarga.

“Saya mendoakan agar anak beliau segera pulih dan keluarga tabah menghadapi ujian ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Saifuddin, Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah digerakkan untuk menjalankan siasatan menyeluruh bagi mengenal pasti dan membawa pihak yang bertanggungjawab ke muka pengadilan.

Beliau turut menegaskan, semua siasatan akan dilaksanakan secara adil dan berlandaskan undang-undang tanpa dipengaruhi status atau latar belakang mana-mana pihak.

“Keselamatan rakyat adalah keutamaan dan tiada kompromi terhadap sebarang bentuk keganasan atau ancaman,” katanya.

Dalam pada itu, Saifuddin menyeru orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi berhubung insiden tersebut dan memberi ruang kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan mengikut undang-undang. — DEMI SABAH

2 lelaki ditahan dalam Ops Tapis Narkotik
SANDAKAN: Tekad membanteras jenayah dadah di daerah ini dibuktikan lagi apabila Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJND) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sandakan berjaya menahan dua lelaki tempatan dalam serbuan Ops Tapis Narkotik, malam tadi.

Operasi yang dijalankan antara jam 8.30 malam hingga 9 malam di kawasan Blok 70, Jalan Singapura, Pusat Bandar Sandakan itu menemui dadah jenis syabu yang disyaki untuk kegunaan sendiri.

Ketua Polis Daerah Sandakan, ACP George Abd Rakman berkata, kedua-dua suspek ditahan di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana memiliki dadah.

“Hasil ujian saringan awal air kencing mendapati kedua-duanya positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine,” katanya.

Menurut beliau, kejayaan ini adalah sebahagian daripada komitmen berterusan IPD Sandakan untuk membanteras aktiviti pengedaran dan penyalahgunaan dadah di semua peringkat, khususnya di kawasan bandar.

Katanya, kedua-dua suspek kini direman di lokap IPD Sandakan untuk siasatan lanjut. — DEMI SABAH

Ops Tapis Harian: 3 individu ditahan positif syabu
SANDAKAN: Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJND) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sandakan menahan tiga individu dalam Ops Tapis Harian yang dijalankan di sekitar Kampung Lupak Meluas, Jalan Batu Sapi dan Kampung Sim Sim, di sini semalam.

Dalam operasi yang bermula jam 11.30 pagi itu, polis menahan seorang lelaki di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan Seksyen 15(1)(a) ADB 1952, serta seorang wanita di bawah Seksyen 15(1)(a) ADB 1952.

Dalam pada itu, Bahagian Siasatan Jenayah (BSJD) IPD Sandakan turut menangkap seorang lagi lelaki bagi kesalahan jenayah lain untuk ujian saringan air kencing yang kemudiannya didapati positif dadah jenis syabu di bawah Seksyen 15(1)(a) ADB 1952.

Kesemua suspek kini ditahan di lokap IPD Sandakan untuk siasatan lanjut.

Ketua Polis Daerah Sandakan, ACP George Abd Rakman menegaskan operasi berkenaan adalah selaras dengan tekad polis membanteras jenayah dadah di daerah ini secara berterusan. — DEMI SABAH