Dunia

Hajiji zahir kebimbangan penahanan sukarelawan misi flotilla ke Gaza
KOTA KINABALU: Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor menzahirkan rasa kebimbangan mendalam terhadap penahanan dua anak Sabah, penyanyi terkenal Zizi Kirana dan aktivis kemanusiaan Sul Aidil, yang menyertai misi flotilla kemanusiaan ke Gaza.

Beliau berkata, keberanian mereka dalam memperjuangkan isu kemanusiaan amat membanggakan rakyat Sabah, selain mencerminkan semangat solidariti terhadap penderitaan rakyat Palestin.

12 rakyat Malaysia yang menyertai Global Sumud Flotilla ditahan rejim Israel.

“Kerajaan Negeri amat prihatin dan mengikuti rapat perkembangan penahanan saudari Zizi Kirana serta saudara Sul Aidil.

“Keberanian mereka amat membanggakan kita semua.

“Kerajaan Negeri yakin Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Menteri Luar Negeri akan mencari dan mengambil langkah diplomatik terbaik bagi membantu pembebasan segera semua sukarelawan yang terlibat,” katanya dalam hantaran di Facebook, hari ini.

Hajiji turut menyeru seluruh rakyat Sabah agar mengenepikan perbezaan agama, bangsa dan politik untuk bersatu menyatakan solidariti dalam isu kemanusiaan tersebut.

“Doa kita sentiasa mengiringi keselamatan dan pembebasan mereka yang berjuang atas nama kemanusiaan,” ujarnya.

Misi flotilla kemanusiaan ke Gaza itu menyaksikan penyertaan sukarelawan dari pelbagai negara termasuk Malaysia yang bertekad menyalurkan bantuan terus kepada rakyat Palestin di bawah kepungan rejim Zionis.

Setakat ini 12 sukarelawan Malaysia yang menyertai misi Global Sumud Flotilla (GSF)menghantar bantuan kemanusiaan ke Gaza, ditahan tentera Israel selepas rejim Zionis itu memintas kapal dinaiki sukarelawan terbabit. — DEMI SABAH

Majikan masih ada, beri gaji bawah RM1000 | Demi Sabah
KOTA KINABALU: Pelaksanaan gaji minimum RM1,500 sebulan telah dimulai 1 Januari 2023 namun ada lagi majikan yang masih tidak melaksanakan.

Malahan di Sabah, yang paling mendukacitakan ada lagi majikan memberi gaji kepada pekerja dibawah RM1000. Perkara ini harus disiasat oleh pihak berwajib jika isu ini benar-benar berlaku di negeri Sabah khasnya.

Tinjauan dalam laman facebook demisabah.com ramai netizen memberi respon bahawa majikan mereka memberi gaji di bawah seribu ringgit.

Menurut pengguna akaun Siti Aminah, ditempat kerja anak beliau, majikan memberi gaji RM900.

“Ada lagi teruk dri ne.. pernah intrvew satu kompeni thun lepas bulan 9, gaji sehari rm20.. sebulan dpt 600 kalau full harian,” pemilik akaun Joewell Joseph.

Antara komen netizen dilaman facebook Demi Sabah

Pengarah Komunikasi dan Strategik UMNO Sabah, Datu Rosman Datu Ahir Zaman berkata, perkara ini berlaku disebabkan faktor majikan berorentasikan keuntungan.

“Majikan lebih suka pekerja tanpa KWSP dan Perkeso,” katanya.

Tambah Rosman, tindakan yang salah dan perlu dilapor kepada Jabatan Tenaga Kerja. Menyalahi Ordinan Buruh Sabah bagi Bab 67 serta Kaedah-Kaedah Buruh, Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011 (Akta 732) dan Perintah Gaji Minimum, Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (Akta 4) dan Peraturan-Peraturan (Am) Keselamatan Sosial Pekerja 1971.

Petikan Utusan Malaysia bertarikh 30 April 2022, ketika itu Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan menyatakan, penguatkuasaan gaji minimum akan dilaksanakan Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.

“Justeru itu, semua majikan diminta mematuhi pelaksanaan gaji minimum baharu ini,” katanya.

Secara logiknya bagaimana seorang individu diberikan gaji dibawah RM1000 pada ketika ini, boleh menyara diri dan keluarga dengan kos sara hidup meningkat.

“Kuatkuasakan undang-undang sedia ada dengan telus dan proaktif. Bekerjesama dengan agensi-agensi kerajaan yang lain,” kata Datu Rosman ketika dihubungi oleh wartawan demisabah.com.

Kereta api rentas Borneo, Malaysia, Indonesia dan Brunei
LAWAS: Kerajaan Negeri Sarawak mencadangkan pembinaan perkhidmatan kereta api merentasi Kepulauan Borneo, melibatkan tiga negara Malaysia, Indonesia dan Brunei.

Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Openg berkata, cadangan itu telah disampaikan oleh kerajaan negeri kepada Kementerian Pengangkutan dalam pertemuan, di sini hari ini.

“Ini adalah projek Kerajaan Persekutuan dan satu kajian mengenai projek itu akan dibuat oleh Kementerian Pengangkutan. Kereta api ini dijangka melalui Sabah dan berhubung juga dengan Kalimantan, Indonesia.

“Jadi seharusnya perlu juga ada perbincangan antara Malaysia, Indonesia dan Brunei kerana projek ini mungkin melibatkan ketiga-tiga negara,” katanya pada sidang media selepas mendengar taklimat projek pembangunan Lembaga Pembangunan Koridor Wilayah (RECODA).

Beliau berkata, sekiranya projek itu berjaya dilaksana, ia bakal membuka peluang ekonomi kepada kawasan yang dilalui kereta api terbabit.

“Saya rasa masanya telah tiba untuk kita wujudkan khidmat kereta api ini yang semestinya akan dapat merancakkan aktiviti ekonomi terutama dari segi logistik,” katanya. – Berita Harian

Tentera Russia dakwa berjaya tembak pesawat pejuang Ukraine
Moscow: Russia mendakwa berjaya menembak jatuh sebuah jet pejuang Su-25 milik tentera Ukraine di wilayah Mykolaiv di negara itu.

Difahamkan perkara demikian dimaklumkan oleh Kementerian Pertahanan Russia.

Memetik laporan Reuters, kementerian pertahanan memaklumkan tentera Russia juga mengebom sebuah stesen radar dan dua depoh yang menyimpan bekalan peluru di timur Ukraine.

Dalam pada itu, Al Jazeera melaporkan, Gabenor Pavlo Kyrylenko berkata, tiga orang awam terbunuh dan empat lagi cedera dalam serangan Russia di wilayah Donetsk.

Katanya, dua orang maut di pekan Toretsk dan seorang lagi terkorban di pekan Avdiivka.

“Ketika ini, amat mustahil untuk menentukan jumlah sebenar mangsa di Mariupol dan Volnovakha,” kata Kyrylenko menerusi Telegram. -Utusan

Remaja 18 tahun tembak 14 pelajar, guru
Texas: Seramai 14 pelajar dan seorang guru di sebuah sekolah di South Texas maut selepas terkena tembakan dilepaskan lelaki bersenjata, tengah hari semalam.

Gabenor Greg Abbott, ketika memaklumkan perkara itu kepada pemberita berkata, suspek dikenali sebagai Salvador Ramos berusia 18 tahun dipercayai ditembak mati pegawai polis yang bertindak balas di lokasi kejadian.

Beliau berkata, dua daripada pegawai polis turut terkena tembakan, namun tidak mengalami kecederaan serius dengan pihak berkuasa menjelaskan suspek bertindak sendirian.

Bagaimanapun, butiran rasmi mengenai selepas keganasan yang berlaku di Sekolah Rendah Robb di bandar Uvalde, Texas, kira-kira 128.75 kilometer (km) ke barat San Antonio itu masih kabur.

Berdasarkan laporan CNN, lelaki terbabit memandu dan masuk ke sekolah dengan senapang dan pistol.

Suspek menembak dan membunuh secara mengerikan, tidak dapat difahami, membunuh 14 pelajar dan seorang guru.

Namun begitu, difahamkan suspek juga maut, dipercayai ditembak pegawai yang bertindak balas di lokasi kejadian.

Hospital Universiti di San Antonio di Twitter berkata, pihaknya menerima dua mangsa tembakan di Uvalde, masing-masing seorang wanita berumur 66 tahun dan kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun, dalam keadaan kritikal.

Sementara itu, Ketua Jabatan Gabungan Bebas Sekolah Uvalde, Pete Arredondo, berkata mayat pelajar terdiri daripada murid gred dua, tiga dan empat. -REUTERS

Shanghai rancang kembali hidup normal secara berperingkat mulai 1 Jun
SHANGHAI: Kerajaan Shanghai hari ini mengumumkan berkenaan perancangan untuk kembali kepada kehidupan normal semula mulai 1 Jun depan, selepas lebih enam minggu menjalani perintah berkurung yang ketat.

Timbalan Datuk Bandar Shanghai, Zong Ming, berkata perancangan terbabit bakal dilaksanakan secara berperingkat, dengan sebahagian besar langkah kawalan pergerakan akan diteruskan hingga 21 Mei ini untuk mengelakkan jangkitan daripada merebak semula, sebelum ianya mula dilonggarkan secara beransur-ansur.

“Mulai 1 Jun hingga pertengahan dan akhir bulan depan, selagi risiko jangkitan dalam keadaan terkawal, kita akan melaksanakan sepenuhnya langkah pencegahan dan kawalan epidemik, menormalkan pengurusan, serta mengembalikan sepenuhnya pengeluaran dan kehidupan normal di bandar ini,” katanya.

Pelaksanaan perintah berkurung sepenuhnya di Shanghai serta sekatan yang dikuatkuasakan terhadap ratusan juta penduduk sedikit sebanyak memberi kesan kepada beberapa sektor seperti sekatan yang dikenakan membuatkan para pekerja terhalang untuk menggiatkan sektor ekonomi mereka membuatkan banyak perniagaan terjejas.

Sekatan ketat itu juga memberi kesan terhadap rangkaian bekalan global dan perdagangan antarabangsa yang sedikit sebanyak mengganggu sektor ekonomi negara tersebut.

Singapura mulakan suntikan Nuvaxovid
SINGAPURA: Rakyat Singapura yang berusia 18 tahun ke atas yang boleh menerima vaksin COVID-19 termasuk suntikan dos penggalak kini boleh membuat janji temu untuk mendapatkan vaksin bukan mRNA, iaitu Nuvaxovid oleh Novavax.

Suntikan berkenaan boleh diambil di Pusat Ujian dan Vaksinasi Bersama (JTVC) Bishan di bekas tapak Sekolah Menengah Bishan Park, atau mana-mana 20 Klinik Kesediaan Kesihatan Awam (PHPC) yang mengambil bahagian.

Merujuk kepada maklumat daripada Kementerian Kesihatan (MOH), PHPC menawarkan vaksin Nuvaxovid bermula 18 Mei 2022, sementara JTVC Bishan akan menawarkannya bermula 24 Mei 2022.

“Seperti yang disyorkan oleh Jawatankuasa Pakar Vaksinasi COVID-19, individu berumur 18 tahun ke atas boleh menerima vaksin Nuvaxovid untuk siri utama atau vaksin penggalak mereka. Vaksin mRNA kekal sebagai vaksin pilihan kerana keberkesanannya adalah lebih tinggi dan tindak balas imun lebih kuat yang dihasilkan. Namun, mereka yang tidak layak secara perubatan untuk menerima vaksin mRNA harus mempertimbangkan Nuvaxovid,” jelas MOH.

Nuvaxovid dicipta menggunakan teknologi berasaskan protein yang sudah wujud selama beberapa dekad untuk mencipta vaksin bagi penyakit seperti penyakit kayap, batuk kokol dan hepatitis. Protein dalam vaksin Novavax meniru protein pepaku (spike protein) COVID-19. Ia dicipta dalam sel rama-rama, kemudian ditukar menjadi nanopartikel yang dituai untuk membuat vaksin.

Protein pepaku tidak berjangkit itu kemudiannya dimasukkan ke dalam badan untuk mendorong tindak balas imun.

Perbezaan utama antara vaksin Novavax dan mRNA ialah ia dibuat dengan salinan buatan makmal bagi protein pepaku COVID-19, manakala vaksin mRNA termasuk arahan genetik untuk badan membuat protein pepaku sendiri.

Ujian menunjukkan bahawa Nuvaxovid adalah kira-kira 90 peratus berkesan dalam mencegah gejala COVID-19 dan 100 peratus berkesan dalam mencegah jangkitan yang lebih teruk.

Russia memperuntukan dana untuk menghasilkan MIR-19
VLADIVOSTOK: Peruntukan dana sebanyak 387 juta rubel bersamaan AS$ 4.8 juta telah disediakan oleh Kerajaan Russia bagi menghasilkan MIR-19 iaitu ubat anti-COVID 19 yang telah berjaya dibangunkan oleh saintis Russia.

Dana itu secara rasminya diperuntukan untuk penghasilan MIR-19 setelah ditandatangani oleh Perdana Menteri Russia, Mikhail Mishustin.

Peruntukan dana itu seterusnya disalurkan kepada Institut Imunologi Agensi Perubatan dan Biologi Persekutuan yang bertujuan untuk menaik taraf sistem perubatan sekaligus membeli setiap peralatan yang diperlukan.

MIR-19 telah didaftarkan Kementerian Kesihatan Russia pada 22 Disember 2021 sebagai ubat yang mencegah dan merawat jangkitan COVID-19 melalui pengambilan secara pulmonari atau menerusi hidung.

MIR-19 dilihat berfungsi untuk menghalang keupayaan virus untuk terus merebak dan dapat mengelak virus terus mengembang pada peringkat awal jangkitan.

Arab Saudi mansuh semua sekatan COVID-19
RIYADH: Kementerian Kesihatan Arab Saudi mengumumkan bahawa semua sekatan COVID-19 termasuk kuarantin wajib bagi semua pengunjung ke negara itu dimansuhkan.

Merujuk kepada kenyataan rasmi di akaun Twitter milik Kementerian Kesihatan Arab Saudi, sekatan yang dimansuhkan adalah termasuk penyerahan sijil vaksinasi COVID-19 dan ujian PCR, sebelum atau semasa ketibaan di Arab Saudi.

Dengan itu, secara rasminya kerajaan Arab Saudi memansuhkan semua sekatan yang pernah digariskan sebelum ini kepada pengunjung dan hal ini memberi kelegaan kepada semua pihak kerana perjalanan menuju ke Arab Saudi menjadi lebih mudah khususnya bagi individu yang datang dengan tujuan umrah dan haji.

Pemansuhan semua sekatan juga tidak memerlukan sebarang ujian Covid-19 lagi yang sangat membantu dalam meringankan kos perjalanan para pengunjung.

Langkah itu diambil susulan daripada penurunan kes harian yang kian mencatatkan angka semakin rendah sekaligus kadar pelalian telah mencapai tahap 99 peratus untuk semua penduduk berumur 12 tahun ke atas.

Keganasan dan pembunuhan terhadap wanita meningkat di Iraq
SULAIMANIYAH, IRAQ: Keganasan terhadap wanita dilaporkan semakin meningkat di wilayah Kurdish utara di Iraq dimana catatan kematian golongan wanita semakin meningkat saban tahun.

Kawasan autonomi yang sedang dalam peperangan itu memperlihatkan peningkatan mendadak pembunuhan wanita serta pembunuhan bermotifkan jantina.

Merujuk kepada kenyataan Ketua Pengarah Pembanterasan Keganasan Terhadap Wanita, Hiwa Karim Jwamir, dalam dua bulan lalu, terdapat peningkatan pembunuhan wanita berbanding tahun sebelumnya dimana dalam dua bulan pertama tahun ini, seramai 11 wanita terbunuh di Kurdistan dan kebanyakan mereka mati ditembak. Pada tahun 2021, seramai 45 wanita terbunuh dan ianya meningkat daripada 25 orang pada tahun sebelumnya.

Jumaat lalu, seorang remaja berusia 15 tahun dilaporkan maut akibat enam das tembakan oleh bapanya di kampung Soran. Suspek berkata kepada polis anak perempuannya itu keluar bersama dua budak lelaki pada lewat malam. Unit keganasan rumah tangga menggelar perkara itu sebagai ‘pembunuhan maruah’.

Disember lalu, seorang gadis berusia 16 tahun dicacatkan dengan asid di Baghdad oleh seorang dewasa kerana ditolak pinangannya.

Beberapa hari sebelum Hari Wanita Antarabangsa pada 8 Mac pula, mayat seorang wanita berusia 20 tahun iaitu Maria Sami yang dikenali kerana ucapan feminisnya ditemui di tepi jalan di Arbil, ibu kota Kurdistan dan merujuk kepada siasatan pembunuhan itu dilakukan oleh abangnya sendiri yang berusia 18 tahun.

Suspek yang bercakap melalui panggilan telefon kepada saluran televisyen Kurdish itu cuba mewajarkan pembunuhan itu dengan menuduh kakaknya gagal mematuhi keluarga.

Pada Februari, ibu kepada dua anak , Shinyar Huner Rafiq meninggal dunia di hospital, lima hari selepas dimasukkan ke dalam keadaan melecur serius kerana disiram oleh suuaminya yang mabuk dengan petrol.

Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkata, di seluruh Iraq, keganasan berasaskan jantina meningkat sebanyak 125 peratus iaitu lebih 22,000 kes di antara tahun 2020 dan tahun 2021 malah berlaku peningkatan membimbangkan dalam kemurungan dan bunuh diri di kalangan wanita dan kanak-kanak perempuan.

Sejak bertahun lamanya, aktivis mengecam keganasan terhadap wanita dan perkahwinan paksa di Iraq, yang dilihat sebagai masyarakat konservatif dan patriarki.

“Kes keganasan terhadap wanita semakin meningkat. Kebanyakan wanita yang dibunuh adalah mangsa ahli keluarga sendiri,” kata aktivis Kurdistan, Bahar Munzir yang juga pengarah kumpulan tempatan Pertubuhan Pembangunan Rakyat.

Perdana Menteri Kurdistan, Masrour Barzani mengecam kes keganasan itu dan berkata kerajaan perlu mengenakan hukuman seberat mungkin kepada pelaku kerana tiada penghormatan dalam pembunuhan demi kehormatan.

“Saya bertekad untuk melindungi setiap wanita, gadis dan kanak-kanak daripada penderaan. Kes seperti ini perlu dibanteras dan malapetaka ini mesti berakhir,” katanya.